Powered by Blogger.

Cerpen - Salam Cinta? Mungkinkah aku terima?

by - July 17, 2013

Credit: Google


Kapal terbang yang bakal mendarat tidak lama lagi mendebarkan aku. Tiba tiba perasaan ini berkecamuk kembali. Bagaimana andai aku masih tidak dapat menerima takdir itu? Takdir yang membawa seorang aku jauh dari bumi Malaysia bagi mencari ketenangan. Kenangan setahun lalu tentang aku dan dia. Dia yang memberi salam cinta.

Abah, Angah, aku merindukan kalian. Abah, seseorang yang mengajar seorang aku erti kehidupan. Angah, seseorang yang sentiasa memberi nasihat disaat aku memerlukannya dan seseorang yang berkongsi rasa sedih bersamaku atas kematian mak dan along. Aku. Aku yang bernama Arya Khalisah Binti Amran kini kembali berdiri di bumi nyata.

--------

"Lisa, nanti pukul 4 tolong Angah cari baju untuk office punya annual dinner esok malam, boleh?" Ahh, ada ada sahaja Aniq Khuzair ini! Bukannya dia tidak tahu aku sedang banyak kerja. Tetapi, kalau nak dibandingkan dengan pertolongan angah selama ini, tidak mampu untuk aku membayarnya. Aku hanya mampu mengangguk. Angah kembali menonton televisyen yang sedia terpasang.

Dalam aku sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof. Mikail, telefon bimbitku berbunyi nyaring. Aduh, siapa lagi yang kacau aku time aku tengah sibuk ni! Haih, terpaksa aku memberhentikan pekerjaanku dan menjawab panggilan tersebut. Ianya panggilan daripada Medina. Kawan sekuliahku merangkap kawan baik dunia dan akhirat. Mungkin. Well, everything is possible.

"Assalammualaikum Dina. Yes, what do you want from me? Aku tengah busy ni." Terdengar salamku disambut di hujung talian

"Lis, I lost my report. Ada copy tak? Sorry Lis, tak berniat nak susahkan kau, aku tahu kau busy. Can you help me?" Nada suaranya bergetar. Takut mungkin. Medina, seorang yang lemah lembut. Tapi aku suka. Dia suka beri aku nasihat

"Yes, i have it. Babe talk to you later, nanti aku singgah rumah kau. Kebetulan aku nak keluar dengan angah. Okayy? See ya! Assalammualaikum." Talian dimatikan. Haih. Keluhanku terlepas lagi. Selamat kerjaku semakin selesai. Tinggal print out beberapa bukti nak tunjuk kat prof je.

Now, i'm done. Lagi 30 minit bakal menginjak ke angka 4. Sebelum tu, aku nak copy report dulu. Nanti tak adalah nak kelam kabut sangat nak seterika baju lagi. Angah nampaknya dah memanjat tangga naik ke atas. Kebetulan abah tak ada kat rumah. Pergi rumah kawan katanya. Memanglah kami boring kat rumah ni. Aku berkemas bagi melaksanakan apa yang bermain di kepalaku.

--------

Aku dan angah tiba di Berjaya Times Square kira kira 1 jam selepas perjalanan. Hari cuti begini, ramai yang berlumba lumba untuk keluar meluangkan masa bersama keluarga. Alang-alang singgah rumah Medina tadi, aku bawanya sekali untuk menemaniku. Yelah, aku manalah pro bab bab memilih baju untuk lelaki. Baju aku pun, angah yang pilih. Haih.

Angah sendiri tak keberatan ketika aku ingin mengajaknya. Dalam pandangan aku, angah mungkin jatuh hati padanya. Mungkin aku kena tolong angah adjust kan Medina untuknya. Hahaha. Okay, semakin merepek nampaknya. Hm, kami berjalan jalan di dalam kawasan shopping mall itu. Angah nampaknya cukup teruja. Dalam hati mungkin berbunga bunga. Medina juga kulihat semakin akrab dengannya. Wahhh!

Selepas membeli beberapa helai baju untuk angah dan aku, kami berhenti rehat untuk makan sebentar. Medina tidak membeli apa-apa. Dia bilang, dia hanya mahu menemani kami sahaja. Tapi, biasalah angah. Dibelikannya Medina sehelai shawl dan blouse bercorak vintage. Ambil hati lah tu. Katanya buat pakai time pergi kelas. Elehh, macamlah aku tak tahu dia nak mengayat.

Selesai makan, kami menunaikan solat sebentar. Setelah aku dan Medina keluar daripada ruangan solat wanita, kami menunggu angah di bangku yang disediakan berdekatan dengan deretan kedai. Angah keluar bersama-sama seorang lelaki yang kukira sebaya denganku. Pada pandanganku, dia mungkin kawan angah. Takpun client. Biarlah dia.

"Lis, Dina, kenalkan best partner dunia akhirat angah merangkap workmate terbaik, Thaqif Syauqi. And Qi, this is my little cute sister, nama dia Arya Khalisah you can call her Lis. Ni pulak, sahabat terbaiknya, Medina Aisyah merangkap wife-to-be-maybe aku." Angah memperkenalkan kami lalu ketawa. Aku dan Medina hanya mampu senyum dan mengangguk sahaja. Medina kulihat merah wajahnya. Malu barangkali.

"Ada-ada jelah kau ni Nick. Part workmate terbaik tu aku rasa macam nak gelak. Part best partner dengan wife-to-be-maybe tu, Amin. Salam cinta dari saya Ayra Khalisah. Nice to meet you Medina Aisyah." Dia ketawa kemudian membalas anggukan dan senyuman kami. Tiba-tiba hatiku berdetak hebat. Senyumannya sungguh memukau. Salam cintanya mengetuk pintu hati ini. Tapi aku tidak membiarkan ianya lama bersarang di hatiku.

Kami beransur ke kereta memandangkan hari sudah hampir melaburkan tirainya. Kami sempat berborak sesama sendiri memandangkan Syauqi meletakkan keretanya di parking lot berdekatan kami. Dia seorang yang boleh di ajak berbual. Tapi, dia, angah dan Medina sahaja yang berbual sebenarnya. Aku hanya mendengar sahaja. Mtl a.k.a mampus tak layan. Lol.

Aku yang khayal dengan Iphone ditangan hampir dilanggar kereta yang melalui selekoh di parking lot itu. Seseorang merentap tanganku dan membawa aku ketepi. Dia. Dialah yang merentap tanganku. Thaqif Syauqi. Aku terpana seketika sebelum menarik kembali lenganku yang digenggam kemas olehnya. Aku termalu sendiri. Aku mengucapkan terima kasih dan berlalu ke kereta.

"Lis, how many times should i tell you? Angah dah cakap kan, stop playing your phone while walking. Selamat Qi, cepat tadi. Kalau tak? You knew that i'm only have you as my sister. Angah tak nak kehilangan Lis macam mana kita kehilangan mak dan along. Can you hear me?" Angah memarahi aku. Suaranya tidak meninggi. Tetapi ada nada tegas disitu.

Aku tahu dia sedih. Malah trauma dengan kejadian lalu. Aku hanya mampu menunduk. Aku baru sahaja ingin membalas perkataan maaf, dia sudah menyambung dialognya. "Jangan ucap maaf dengan angah kalau akhirnya Lis buat lagi." Aku terdiam.

"Relax bro. Lis, awak ikut saya. Nick, aku hantar dia balik,I know what to do. Dina, awak ikut Nick. Nanti dia hantar awak. By the way, no worries. I'll keep her safe." Syauqi, menarik lenganku, aku hanya mampu mengikut kerana angah membenarkannya. Biarlah kali ini aku mengalah sahaja. Aku mengikutnya naik ke parking lot atas melalui tangga yang disediakan.

Kami menuju ke Toyota Harriernya. Pada pandanganku, dia mungkin seorang yang berkemampuan. Dia membukakan pintu dan mempelawa aku masuk. Di dalam perjalanan hanya radio yang mengisi kebisuan kami. Setelah 15 minit perjalanan, Syauqi memecahkan kebisuan.

"Lis, are you okay? By the way, sorry sebab tiba-tiba je saya nak hantar awak balik. I knew your brother well. Dia tak akan marah kalau dia tak sayang awak. Mesti ada sebab kan? Awak sendiri tahu." Aku hanya diam dan memandang keluar tingkap. Ye, aku tahu angah sayang aku. Aku juga tahu sebabnya. Sungguh aku tak sengaja. Air mata yang bergenang, aku seka dengan jari.

"Lis, come on. Don't stay in silent. Saya rasa bersalah pulak. Awak. Eh, awak nangis ke?" Dia memandu ke pinggir jalan. Panik mungkin melihat keadaanku yang begitu. Handphonenya yang berbunyi dibiarkan. Terdengar keluhan dari mulutnya. Aku yang rasa serba salah berpaling menghadapnya. Terpana melihatnya tersenyum kepadaku.

"Er, okayy. Saya okay. Kenapa berhenti? Hm, saya tak nangis pun. Err, awak ingat saya ni budak kecik ke? By the way saya ni susah nak cakap dengan lelaki yang saya tak kenal. So, faham faham jelah. Err, awak, sambung jalan boleh tak? Saya takut kita lambat nanti angah dengan abah risau." Aku melarikan mataku dari renungannya. Darah gemuruhku menyerang.

Dia tersenyum dengan tingkahku yang gementar. "Hmm, comel. Awak tahu tak awak lagi comel kalau macam ni? Saya tak cakap pun awak budak kecik. Saya tanya je kan? Okay, nanti lama-lama kita kenal lah. Haha, okay saya sambung." Dan dari situ. Bermulalah al kisah, pengenalan diantara Arya Khalisah Binti Amran dan Tengku Thaqif Syauqi Bin Tengku Sulaiman. Dan lagi sekali dia menghulurkan salam cintanya.

--------

Annual dinner malam tadi berjalan dengan lancar. Sempat aku berkenalan dengan staf staf abah dan juga ahli keluarga Syauqi. Rupanya, mereka sekeluarga menetap di Jepun. Hanya Syauqi seorang sahaja yang berada di sini menguruskan syarikat perhotelan keluarganya. Dan hotel yang kami guna untuk annual dinner malam tadi merupakan hotel miliknya.

Dia yang berusia 23 tahun sudah menamatkan pengajian dalam bidang perhotelan dan kini membantu ayahnya menguruskan hotel mereka di sini. The Luna Pacific merupakan hotel yang tersohor di Jepun mahupun Malaysia. Angah bekerjasama dengannya dalam mengubah landskap hotel tersebut. Syarikat abah, The Amka's Art merupakan syarikat kecil yang menjalankan perniagaan landskap dan perhiasan.

Kami bercerita mengenai keluarga masing masing. Dan barulah aku tahu, bahawa Uncle Sulaiman lah kawan yang abah ceritakan kepada aku dan angah semalam. Syauqi merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Abangnya yang sulung sudahpun berkahwin dan menetap di Jepun untuk membantu perniagaan ayah mereka.

--------

Sekarang, aku berbangga kerana aku sudah menamatkan pengajianku dalam bidang Office Management And Technology. Masa tu amik diploma 3 tahun, tapi disebabkan aku bosan habis terlalu awal, tak ada benda nak buat, umur baru 20 tahun, aku pun continuelah amik degree dalam masa 2 tahun.

Now, dah ada degree, barulah nak cari kerja. Tak jauh pun. Menyelit dekat abah je. Bukan kroni semata, boleh juga aku buat kerja dekat office tuh. Sebelum ni, practical pun buat kat office abah. Jadi aku dah terbiasa dengan persekitaran disini. Beginilah hidup seorang aku. Nampak mudah tetapi sebenarnya banyak dugaan.

"Arya Khalisah. Dah tamat dah pun pengajian. Abah bangga dengan anak abah. Walaupun Lis tak dapat anugerah dekan tapi abah bangga sebab pointer anak abah tetap terbaik. Masih teringin nak sambung belajar walaupun dah ada diploma. Abah tak kisah sebab abah tahu anak-anak abah semua boleh diharap dan andai abah pergi suatu hari nanti, abah dah tak perlu risau kerana Aniq dan Arya dah besar. Uncle juga bangga dengan kamu Medina kerana dapat Anugerah Dekan. Uncle harap, kamu bertiga sentiasa bersama susah dan senang. Angah, selalulah mendidik adik kamu menjadi seorang muslimah yang sejati. Abah juga tahu angah dan Medina ada sesuatu yang ingin kamu berdua sampaikan. Sebelum itu, Medina Aisyah, Aniq Khuzair, abah merestui perhubungan kalian. Abah akan sentiasa sokong segala keputusan kalian selagi tidak bertentangan dengan syarak. And, one more thing. I know that you know something about Syauqi, kan Nick? Angah tahu apa angah patut buat, betul? Angah, ayah tak kisah."

Kami semua terus memeluk abah. Bukan cuma aku, angah yang selalu nampak kuat kini gugur air matanya. Medina juga kehilangan kata kata dan nangis bersama-sama kami di dalam pelukan abah. Medina sudah mengganggap abahku seperti ayahnya jua. Kerana dia seorang anak tunggal yang sudahpun kehilangan kasih sayang seorang ayah dan ibu setahun yang lalu.

--------

Dalam menikmati hari hari bahagia kami, seperti yang dijanjikan, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Aku menyangkakan panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah jalan. Bermula pada hari itu. Telah berubah segala hidupku. Aku bagai seseorang yang tidak mampu lagi untuk bernyawa. Dia. Thaqif Syauqi datang menghulurkan bantuan di saat aku mahu bangun untuk berpijak di bumi yang rata.

Kami sekeluarga yang ingin pulang ke rumah selepas makan malam daripada rumah Syauqi terlibat dengan satu rompakan bersenjata. Abah yang ingin melindungi aku terkena satu das tembakan di perutnya dan rebah menyembah bumi. Medina yang kalut sempat melarikan diri ke semak berdekatan membuat panggilan kecemasan dan memberitahukan kejadian yang terjadi. Angah berlari ke arahku dan menangisi detik detik terakhir ayah.

Medina juga akhirnya keluar daripada tempat persembunyiannya. Salah seorang daripada perompak tersebut mengheret Medina, mujur kami terdengar jeritannya. Angah berlari ke arahnya dan membantunya. Tetapi, mungkin ajal angah juga sudah sampai. Angah ditikam di perutnya saat ingin membantu tunang yang dicintainya. Bunyi siren polis kedengaran.

Perompak perompak jahanam itu lari meninggalkan kami berempat. Pegawai polis datang menghampiri kami. Saat mereka ingin menghulurkan bantuan, abah dan angah melarang. Aku dan Medina hanya mampu mendengar. Medina memapah angah kearahku dan abah. Kulihat kedua angah dan abah mengerang kesakitan. Sempat kudengar butir bicara keduanya.

"Arya Khalisah dan Medina Aisyah. Jagalah diri kamu berdua baik baik. Saling melengkapi antara satu sama lain. Adik, percayalah akan takdir Allah, abah dan angah tak ada nak jaga adik dan Medina. Abah tahu anak abah kuat. Adik, abah mempercayai Thaqif Syauqi. Dan sesungguhnya dia mencintai adik kerana Allah. Dia sudah meminta restu kami dan kami merestuinya. Kami juga mencintai kalian kerana Allah. Dina, jagalah Arya sepertimana kamu menjaga dirimu. Doakan abah dan angah." Aku menangis mendengar luahan abah.

"Arya Khalisah, jagalah dirimu. Sesungguhnya adik merupakan seorang adik yang abang kagumi. Jangan ratapi pemergian kami. Cuba bersabar seperti mana adik bersabar atas kematian mak dan along. Thaqif Syauqi merupakan seseorang yang dikirimkan buatmu. Medina Aisyah, sesungguhnya aku, Aniq Khuzair melepaskanmu sebagai tunangku. Carilah seseorang yang bakal membimbing hidupmu. Sentiasa ingat kami dalam doa kalian." Dan selepas itu, kedua mereka pergi meninggalkan kami selama-lamanya.

Aku dan Medina menangisi pemergian mereka semahu-mahunya. Darah yang mengalir keluar dari kedua-duanya cuba dihentikan oleh Medina walaupun dia tahu itu tak akan berhenti. Aku cuba memberhentikannya kerana tidak mahu dia mengalami tekanan. Anggota polis wanita yang berada di situ cuba membantu. Getaran daripada Iphone milik angah memberhentikan pergerakanku.

Aku meraba poket seluarnya dan mendapati bahawa Syauqi yang menghubunginya. Aku menyambut panggilan itu dengan getaran. Salam daripadanya aku sambut perlahan. "Lis? Is that you? Did you crying? What happen? Tell me. Saya rasa tak sedap hati ni. Lis. Mana angah awak? Abah awak okay?"

"Yes. This is me. We have been robbed. They killed angah and abah Qi. Polis dah sampai, kami sedang tunggu ambulans untuk bawa kembali mayat. Kami dekat selekoh keluar belakang taman rumah awak. Saya tunggu." Aku membalas tanpa perasaan. Saat itu, terasa seperti seluruh jiwaku pergi. Adakah ini yang aku alami semasa kehilangan mak dan along? Ya, mungkin inilah yang angah cakapkan tadi.

"What?! Lis! Wait there. Saya datang." Talian dimatikan. Aku hanya mampu melihat mereka menganggkat tubuh abah dan angah kedalam ambulans yang baru sahaja sampai. Medina juga kulihat sudah diam. Dia berada di dalam pelukan seorang anggota wanita. Medina kemudian berpaling dan menuju ke arahku. Dia mengajakku bangun tapi minda aku tidak dapat mencernakan apa apa.

Aku hanya mampu mengikut arahannya bagai patung cendana. Syauqi datang selepas itu. Tiba tiba rasa hati ini sebak melihatnya. Dia seperti pengganti angah. Dia sentiasa ada disaat aku sedih. Akhir akhir ini dia sentiasa bersamaku kerana angah dan Medina sibuk menguruskan majlis perkahwinan mereka yang akan berlaku dalam 2 minggu lagi.

--------

Sudah sebulan kejadian itu, aku masih begini. Aku bersyukur pembunuh ayah dan angah sudah dibawa ke muka pengadilan. Syarikat abah diuruskan oleh aku dan Medina. Kami masih lagi belajar menguruskannya. Mujur peguam arwah abah datang membantu. Tetapi aku banyak menghabiskan masa dirumah sahaja. Kadang kala Syauqi datang menemaniku di rumah. Aku selalu terbayangkan Syauqi sebagai angah.

Seringkali aku terpeluknya, bercakap dengannya. Selepas itu barulah aku tersedar. Istighfar aku sebentar. Salam cinta yang dihulurkan Syauqi tidak pernah kusambut. Walaupun abah dan angah merestui hubungan kami. Tetapi aku masih tidak mampu. Tidak tahu dimana silapnya. Mungkin aku hanya perlu membuka hatiku. Mungkin benar dia jodohku. Medina juga setuju untuk aku menyambut salam cinta darinya.

Disaat aku ingin memberitahu keputusanku, sekali lagi hatiku berdetak hebat. Dia datang kepadaku dan memberitahu bahawa dia hendak ditunangkan dengan pilihan keluarganya. Dia ingin sekali menolak. Dia ingin sekali menungguku. Tetapi dia tidak mahu menghampakan kedua hati ibu bapanya. Dia harus menurut. Aku membatalkan hasratku kerana tidak mahu dia menyesal di kemudian hari.

Hari di mana dia harus ditunangkan, aku membawa diriku pergi bersama salam cintanya ke tanah suci Allah bersama Medina. Kepergian kami tidak kukhabarkan kepadanya. Setelah menjalankan umrah, aku dan Medina menetap di  Australia untuk menenangkan fikiran. Syarikat kami diuruskan oleh orang kepercayaan abah. Kami hanya membantu dari jauh. Sungguh hati ini masih pedih. Pedih dengan segalanya. Aku cuba untuk meredhakannya.

--------

"Lis, promise me you won't do that again. Masih tunggu dia ke? Tolonglah Lis. Each date, yang aku aturkan kau tolak. Ada je yang kau buat. Lis, kalau betul cintakan dia. Masih tak terlambat. Since kita pun dah nak balik ni, kau boleh terus terang kan? Dia tak jadi tunang pun masatu. Salam cintanya bagaimana? Kau sendiri yang tak nak bagi jawapan kat dia kan. Hm."

"Med, tolonglah. Aku Arya. Aku dan buang diri Lis atau Lisa. Terlalu banyak kenangan yang merobek jiwa ni. Sakit Med, sakit. Aku nak biar kenangan tu tersimpan dalam memori. Tak nak terkeluar walau sedikitpun. I'm not interested with that kind of stuff. Tengoklah macam mana. Kalau terjumpa."

"Sorry Rya. I didn't mean to. Hm, okay up to you. Okay, kita tengok macam mana."

Kadangkala aku kesian dengan Medina, dia terlalu menguruskan aku sampai tak kisah mengenai dirinya. Dia masih tidak dapat mencari pengganti angah. Katanya, Aniq Khuzairi merupakan orang pertama yang membuka pintu hatinya. Menghormati dan menghargainya sebagai seorang wanita. Esok pagi, selepas subuh kami bakal bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke Malaysia setelah sekian lama.

Aku kini menjadi seorang Arya. Khalisah sudah lama kukuburkan nama itu semasa dalam tempoh terapi pemulihan jiwa. Medina masih sama. Aku pulang ke Malaysia bagi meneruskan legacy Amran Bin Ismail dan Aniq Khuzairi Bin Amran, The Amka's Art. Gabungan nama arwah abah dan mak. Amran dan Karina. Kematian mereka memang tragis. Tetapi aku tetap kena meneruskan hidup ini.

--------

Akhirnya mendarat juga kami. Aku meneruskan langkah untuk mengambil luggage milikku dan Medina setelah pemeriksaan dilakukan. Badan kami naik kejang kerana dari Darwin ke Malaysia mengambil masa kira-kira 6-7 jam untuk sampai ke sini. Cuba untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Malaysia. Jujur aku kekok.

Keluar sahaja dari KLIA, aku terperasankan seseorang. Dia. Thaqif Syauqi sedang berdiri berpeluk tubuh sambil bersandar di Toyota Estima milik keluarganya. Tangannya juga sedang bermain main dengan Iphone miliknya. Terlalu lama memandang, baru aku perasan bahawa Medina sudah hilang dari pandangaku. Mataku meliar sekeliling.

Kelihatan dia sedang berbual dengan seseorang. Setelah ku amati. Baru aku sedar bahawa wanita itu Tengku Talia, ibu kepada Tengku Thaqif Syauqi. Mereka menuju kearahku. Dari arah bertentangan juga aku lihat, Syauqi sedang menuju ke arah kami.

"Lisa? Apa khabar? Lamanya aunty tak jumpa kamu. Rindu. Dulu, kamu selalu datang rumah aunty. Kenapa pergi umrah tak bagitahu aunty? Thaqif pun tak bagitahu sebabnya." Dia memeluk dan mencium kedua belah pipiku. Aku teringat mak. Ya, aku tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sejak aku berusia 10 tahun.

"Assalammualaikum. Mama kalau dah jumpa bakal menantu mesti lupa dekat anak sendiri. Okay, joking. By the way, siapa ni mama? Mama bawak balik siapa? Aaa...awak? Awak ke?" Syauqi saja bergurau dengan mamanya. Dia kemudian terkejut melihat aku setelah dia membuka kaca matanya.

"Laa, ni ke bakal menantu yang Thaqif cakap tu? Dia ke yang Thaqif tunggu? Jom Dina." Aunty Talia sudah tersenyum senyum bersama Medina. Aku hanya mampu mengetap bibir. Tolong jangan beri aku harapan itu lagi. Kerana aku takut aku tidak mampu melepaskannya.

"Hm, jomlah aunty. Uncle mesti dah tunggu aunty kat kereta tu." Medina berlalu meninggalkan aku bersamanya. Sekarang aku cuma perlu membuka buku baharu.

"Err, okayy. Wa'alaikummussalam. Hi, saya Arya Khalisah Binti Amran. Awak boleh panggil saya Arya." Aku cuba untuk tersenyum dengan seikhlas mungkin.

"Hi sweetheart, nama saya Thaqif Syauqi Bin Sulaiman. Call me Thaqif. Sambut salam cinta saya?" Senyumannya masih lagi memukau seperti dulu. Redup pandangannya melihat aku. Sinar ikhlas terpancar di matanya.

Salam cinta? Mungkinkah aku terima?

--------(to be continue)

Finally habis pun. Wuu, cerita ni sedikit rush sebab memang nak habiskan masa yang ada sebelum busy dengan exam. Cerita ni tak ada kaitan dengan hidup dan yang mati. Komen sama ada baik mahupun buruk diterima untuk memperkuat lagi karya saya. Dan selain itu, karya ini ditujukan buat classmates tersayang. Noor Fairuz Binti Roskan. Do enjoy payuzzz ;>

You May Also Like

0 comments

COPYRIGHTS © (2021) SEMUA TULISAN TAK TERKARYA DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK ATIQ - ALL RIGHTS RESERVED ®