Prolog.........
(ASFAR KHASFI)
Adoila perempuan ni. Nak pakai seksi seksi pun, janganlah lalu depan aku. Walaupun dia orang tu semua panggil aku Ustaz, aku ni tetap manusia biasa. Lelaki lagi. Maunya aku tak tergoda. Ataghfirullah al-Azim. Cepatlah jalan wahai cik adik manis. Ya Allah, ampunkan aku kerana sudah melihat aurat wanita yang bisa menjadi seorang bidadari ini Ya Allah. Hambamu ini hanya manusia biasa.
(BETTY MAIRA)
Hekleh mamat ni. Perasan alim lah pulak. Tengok gaya, takde pulak macam pak ustaz. Tadi punyalah dia tenung aku atas bawah. Ni, tutup muka pulak dengan buku tu. Nak cover pun tak agak. Orang gila kot agaknya. Baca buku terbalik. Kalau aku goda dia, agak agak apa reaksi dia ek? Hmm, showtime!
"Youuuuu, buku you terbaliklah. Ahahaha, lawaklah you ni. You tunggu siapa kat sini?" Itu dia. Bila Betty masuk line, tak ada siapa yang tolak tau. Haha, aura gedik tu mesti dikeluarkan okay! Nampaknya mamat ni macam menggigil je. Cantik sangat ke aku ni? Or something's wrong with me? Tapi, pelik jugaklah. Mamat ni buat apa dekat tempat bowling sorang sorang? Hmm.
(ASFAR KHASFI)
"Errr, err, emm, ekhem. Assalammualaikum saudari. Lah yeke? Maaflah, lagipun saya bukannya baca buku, saya tengah main handphone ni. Ohh, tunggu adik."
Apehal lah pulak minah ni tegur aku. Adoila masalah besar betul. Baik punya cover cakap ada handphone. Selamat memang aku tengah pegang tadi, kalau tak. Kantoila aku sembunyi dari dia. Miang semacam je. Meremang pulak bulu roma aku. Manalah adik aku ni. Masalah betul budak-budak ni.
"Wa'alaikummussalam. Oh, I ingatkan You baca terbalik tadi. Sorry my bad. Oh, adik. Err, rasanya tinggal kita je ni. Sekarang pun dah pukul 10. Kejap lagi bowling ni tutup. You taknak balik ke? Adik you yang pakai baju outing sekolah tu ke? I think dia keluar dengan budak lelaki tadi, turun bawah."
Banyak mulut pula. Eh, apa dia cakap? Tinggal aku dengan dia je? Err, okayyy, memang tinggal kami. Dia ni serious ke manusia? Rambut mengibar sana sini, seram pulak. Hm, takpe. Watlek, watcool. Isha ni mana, kata keluar jumpa kawan kejap. Ni memang dajal aku lah ni. Mesti si Amir tu komplot sama. Hampeh punya adik. Eh, baju outing? Sah dia perhati aku dari tadi. Konon nak target aku jadi mangsa lah tu. Sorry, i'm not interested.
"Oh, it's okay. Er, ha'a lah. Sunyinya. Kenapalah tak perasan. Ya, adik saya yang pakai baju outing tu. Tu mesti dengan adik saya lagi sorang. Kenakan saya lah agaknya. Okaylah chow. Assalammualaikum saudari."
Salamku disambut perlahan. Aku harus segera beredar dari sini. Buatnya dia memang hantu, tak ke naya. Eh, celupar betul mulut seorang Asfar ni. Kalau betul pun, aku tak perlu takut dengan dia. Aku hanya perlu takut dengan Allah.
(BETTY MAIRA)
Hekleh, mamat ni asal tengok aku macam tu. Ingat aku ni hantu ke apa? Malunyaaa, selamat tak ada orang kat sini. Macam manalah kau boleh lupaaa nak bagi salam Betty! Oh my prada! Rosak imej. Selamat tak ada orang. Tunggu adik? Aku rasa adik dia yang pakai baju outing sekolah mrsm tu. Eh, dia keluar kan tadi. Dengan budak lelaki, pakwe dia kot.
"Wa'alaikummussalam. Oh, I ingatkan You baca terbalik tadi. Sorry my bad. Oh, adik. Err, rasanya tinggal kita je ni. Sekarang pun dah pukul 10. Kejap lagi bowling ni tutup. You taknak balik ke? Adik you yang pakai baju outing sekolah tu ke? I think dia keluar dengan budak lelaki tadi, turun bawah."
"Oh, it's okay. Er, ha'a lah. Sunyinya. Kenapalah tak perasan. Ya, adik saya yang pakai baju outing tu. Tu mesti dengan adik saya lagi sorang. Kenakan saya lah agaknya. Okaylah chow. Assalammualaikum saudari."
Salamnya ku jawab perlahan. Hampeh betul mamat ni. Baru perasan dah sunyi. Aku ingat dia nak stay sini. Ish ish ish. Selamat aku perasan. Kalau tak mesti dia sorang sorang. Alah, kalau dia sorang-sorang pun bagus juga. Aku pun memang tengah bosan ni. Dapat peneman malam ni pun boleh juga.
Mamat 2 hari lepas dah blah dengan perempuan lain. Alah, buat suka suka je, relax ah. Mama dengan papa mana kisah pasal aku. Dia orang sibuk sangat buat amal kebajikan dengan anak anak yatim. Anak sendiri bukannya nak jaga kebajikan. Lol, bukan aku ke sebenarnya yang tak ikut telunjuk dia orang berdua. Padahal mama dah ajak dah join sekali, aku je yang malas.
Mamat tu dah blah laa pulak. Hm, first time rasa sedih bila tengok lelaki keluar tinggalkan aku. Selama ni aku buat tak kisah je. This man is really interesting. I need to know him!
--------
Berusaha dengan mini novel pulak. Again. Permintaan daripada Fairuz. Babe, macam mana intro ni. Okay dak? Do leave yr comment okay! Bagi banyak sikit ilmu nak improve. Thank you ;>
0 comments