Orang yang selama ini
berkongsi kasih dengan kita. Dan kita berharap akan end up dengan dia dalam
ikatan perkahwinan rupanya tidak. Dapat bayang tak macam mana rasa sakitnya
hati? Tapi Allah itu Maha Adil. Dia uji kita dengan rasa sabar. Dia suruh kita
nilai diri kita. Baik ke? Jahat ke? Semuanya takdir Allah. Jadi, bersabarlah
dalam setiap dugaan kerana hadiahnya sungguh manis.
--------
"Wafiy. You perasan
tak? Dah bertahun kita kawan. Indeed, dah bertunang dah pun. Bila kita nak
kahwin? Papa, mama, asyik tanya je pasal kita. I dah mati akal nak jawab
apa." Aku menyedut baki minuman yang tinggal separuh di dalam gelas.
"Eli, kan i dah cakap
tak nak bahas masalah macam ni lagi. I tak ready lagi. Tolong jangan paksa i
Eli." Pandangan mata Wafiy menikam ke arahku.
"I bukan sengaja
nak ungkit, tapi you pun tahukan mama dengan papa i macam mana? I bukan memaksa
tapi i sendiri pun tertanya tanya. Until when kita nak macam ni? Tengoklah
kawan kawan kita. Semua yang sebaya dengan kita dah kahwin. Dah ada anak dah
pun. Kita dah nak masuk 30. Tak lama, 2 tahun je lagi."
"Eli stop it! I
said enough. If you keep pushing me, i tak teragak agak nak putuskan
relationship kita." Aku tergamam sebentar mendengar butir bicara Wafiy.
Sampai hati Wafiy buat aku macam ni.
"Fine then. I think
i know why. Tak apalah Wafiy, i tunggu keputusan you. But, kalau apa pun yang
terjadi, i tak akan mengalah. I masuk office dulu. Assalammualaikum."
Perit. Hati ini sudah tidak mampu menanggung sakitnya berharap pada seseorang
yang sudah pasti hatinya berubah kepada orang lain. Air mataku bergenang.
Sungguh terasa amat sakit. Terasa sakit dikhianati.
--------
Hatinya sudah berbelah
bahagi. Berbelah bahagi kepada insan bernama Ain Sofia. Pekerja baru di office
daddy Wahid. Manis orangnya bertudung. Malahan seribu kali lebih sempurna
daripada aku. Sudah acapkali aku terdengar gosip ini. Dan ternyata ianya benar.
Wafiy dengan sendirinya
mengaku. Cuma, dia masih belum berterus terang denganku dan keluarga kami.
Kebetulan aku terdengar perbualannya bersama dengan rakan sepejabatnya. Mungkin
Allah mahu menunjukkan perangainya yang sebenar. Tetapi aku tetap akan
mengotakan kata kataku kepadanya dahulu. Aku tak akan mengalah.
Hari ini aku mengambil
keputusan untuk bertandang ke rumah Wafiy. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan
mummy Khusna. Rindunya aku pada wanita itu. Mummy sekeluarga sangat baik
denganku kerana daddy Wahid mempunyai sebahagian saham syarikat papa. Mereka berkawan
baik sebagai rakan kongsi.
"Assalammualaikum
mummy." Aku menyalam tangan tua itu. Mummy seperti biasa tidak lekang
dengan senyum manisnya datang memeluk aku. Aku menghulurkan beg plastik yang
aku bawa padanya.
"Wa'alaikumussalam
Eli. Cantik cantik harini nak kemana? Nak keluar dengan Wafiy ke? Wafiy tak ada
kat rumah. Ni Eli bawa apa?" Banyak betul soalannya. Mummy sentiasa
membuat aku tergelak. Wafiy keluar? Malam tadi, tak ada pula dia memberitahu
aku dia mahu kemana mana hari ini. Aku yakin dia keluar dengan Ain.
"Eh, cantik ke? Eli
memang selalu cantik pun. Mummy je tak tahu. Haha. Eh taklah. Eli saja datang
sini lawat mummy. Rindu pula rasanya nak bergosip dengan mummy. Eli bawa kek
oreo. Saja buat lebih, tu yang bawak kemari sikit." Aku cuba untuk gembira
di hadapan mummy. Tidak mahu dia mengesan perubahan antara aku dan Wafiy.
"Eh, mummy tahu
bakal menantu mummy ni cantik. Kalau tak, masakan Wafiy yang keras hati tu
terpikat dengan Eli. Eh, tak baik gosip gosip ni. Haha. Sayang Wafiy takde, kek
ni kan favourite dia. Dahla, jom masuk. Kita borak dekat dalam."
Bakal menantu? Haha. Eli
tak yakin dengan statement mummy tu. Andai sahaja mummy tahu bahawa anak teruna
mummy mempunyai kekasih yang lebih sempurna daripada Eli, adakah kita akan
bergembira seperti ini? Eh, tak baik aku berburuk sangka. Mummy orang yang ikhlas
dan aku percaya dia tidak akan pilih kasih.
Sedang elok kami
berbual. Deruan enjin memasuki perkarangan rumah menganggu konsenterasi kami.
Aku kenal bunyi kereta itu. Wafiy. Wafiy masuk ke rumah dengan riak wajah
selamba. Dia datang kearah kami, bersalaman dengan mummy dan duduk di
sebelahku. Senyumannya terpaksa. Sungguh pedih hati ini melihat senyuman
plastiknya itu. Cukuplah berlakon Wafiy.
"Haa, eloklah Wafiy
pun ada. Ni mummy nak tanya bila kamu berdua nak tetapkan tarikh pernikahan?
Dah setahun lebih kamu berdua ni bertunang. Nak tunggu berapa lama lagi? Wafiy?
Eli? " Ah sudah. Mummy mula membangkitkannya. Aku ingin melihat apakah
reaksi Wafiy. Adakah dia akan berterus terang?
"Hm, sukahatilah
mummy dengan Eli. Fiy ikut je. Sayang, you siapkan semua dengan mummy boleh? Serious,
i busy sangat lately." Pada mulanya muka Wafiy nampak terkejut, tetapi dia
cuba mengawalnya dan beriak selamba. Aku hanya tersenyum. Aku kalihkan
pandangan kepada mummy kerana hati ini jadi sakit untuk memandangnya.
"Haa, kalau macam
tu. Dua bulan dari sekaranglah. Mummy akan bincang dengan mama kamu. Eli
tinggal cakap je biar kami handle." Aku dan Wafiy hanya mengangguk. Mummy
tersenyum. Dia kelihatan sungguh gembira. Aku terasa ingin menangis. Tidak
sanggup rasanya membiarkan mummy sebegitu.
--------
"Wafiy. Er, Ain pun
ada? Jadi betullah kan apa yang i dengar selama ni? You guys ada hubungan. Ain,
awak tahu tak Wafiy Khalif ini dah bertunang? Awak nak tahu tak siapa tunang
dia? Saya. Saya tunang dia Ain. Mungkin hati dia milik awak Ain. Tapi saya, Neyli
Amanda tidak akan berputus asa. Did you get it? Keep it in mind!"
Suratan atau kebetulan?
Mungkin ianya suratan. Aku sedang berjalan jalan di dalam shopping complex ini
sendirian dan melihat, Wafiy dan Ain sedang asyik bermesra di dalam restoran
itu. Kali ini aku sudah tidak boleh bersabar, cukuplah selama ini aku
dipermainkan. Aku penat.
"Eli! Listen! Wait
there! Eli!" Wafiy mengejar aku. Aku hanya memekakkan telinga. Aku berlari
sepuas hati menuju ke escalator untuk pergi ke kawasan parking. Wafiy berjaya
menangkap lenganku.
"Eli! Listen here!
Jangan tunjuk perangai gedik dan manja awak kat sini. Saya dah pernah cakap
dengan awak yang saya tak suka dipaksa. Awak yang buat saya macam ni. Saya
tahu, awak yang suruh mummy tanya saya pasal kahwin tu kan? Awak tanggungla
sendiri. Saya tahu awak tak tolong pun kan pasal perkahwinan tu. So, apa kata
awak lari je masa hari pernikahan tu dan biar saya dengan Ain? Ain tak tahu apa
apa pun pasal ni. So, don't ruin my plan. Kalau awak nak tahu, saya hanya
menyayangi awak sebagai seorang kawan. Saya ingat saya mampu mencintai awak
tapi ternyata tidak. Jadi jangan memaksa saya. Perangai awak yang gedik dan
kuat memaksa ni buat saya rasa menyampah. Note that."
Betapa luruhnya hati ini
mendengar butir bicaranya. Aku menyangkakan dia akan memujukku. Ternyata
tebakanku salah. Saya tak akan lepaskan awak Wafiy.
--------
Pelbagai usaha aku
lakukan untuk memikat kembali hatinya. Bodohnya aku terhegeh hegeh pada manusia
yang tak suka aku. Ain datang meminta maaf, aku hamburkan marahku kepadanya,
tetapi dia tidak bersalah. Aku memaafkannya. Dua minggu sebelum majlis
pernikahan. Aku berjumpa Wafiy dan Ain sekali lagi. Aku ingin menyelesaikan
semua masalah ini. Aku sudah berputus asa.
"Wafiy. Ain. I
mintak maaf. I yang salah pada mulanya. I yang paksa papa untuk pujuk daddy
supaya Wafiy berkawan dengan i. I tahu perangai i ni teruk. I ni selalu sangat
bergantung harap pada orang lain. Wafiy, i pulangkan balik cincin ni. Ain
paling layak. Ain maafkan i. Satu je i nak mintak. Benarkan i tetap mencintai
you sampai i jumpa orang yang boleh buat i lupakan you Wafiy. Semoga berbahagia
dengan pilihan hati you Wafiy. Assalammualaikum."
Setelah itu, aku terbang
ke Sabah tanpa pengetahuan sesiapa pun. Aku menjumpai ketenangan di sana.
Semakin hari aku semakin berjaya melupakannya. Aku inginkan dia lenyap terus.
--------
Hari ini sepatutnya hari
pernikahan aku dan Wafiy. Tapi tidak lagi setelah aku memutuskan untuk pergi.
Peritnya apabila mengingat kembali. Aku pejamkan mata untuk menikmati
kedamaian. Buka sahaja mata, aku tergamam. Dia. Dia di sini. Apa dia buat di
sini? Mencari aku? Tidak mungkin. Adakah aku terlalu merindukannya sampai
terbayang. Aku perlu pergi dari sini.
"Eli! Wait there
please! Stop. Neyli Amanda stop!" Tidak. Aku tahu itu hanya bayangan. Aku
terlalu memikirkannya. Aku berhenti di sebalik tiang. Bercangkung di situ lalu
menutup kedua belah telingaku menggunakan tapak tangan dan memejamkan mata.
"Eli! Open your
eyes. This is me. Wafiy Khalif. Your fiance. I bukan hantu sayang. Hey, buka
mata you. You nak i kiss you kat sini ke? Since dekat sini memang takde orang,
port terbaik you pilih untuk sembunyi." Dengan segera aku membuka mata.
Memalingkan wajah ke tempat lain.
"What do you want
from me? Today bukan you nikah dengan Ain ke? Oh ya, dah pukul 6 kan. You
honeymoon kat sini? Cepatnya nikah? You awalkan ke?" Aku bercakap sambil
memandang ke arah lain. Tidak mampu untuk memandang wajahnya.
"Mulut you still
tak berubah kan? Banyak bunyi jugak. Hm. Tak. I tak jadi kahwin dengan Ain.
Sebab you tak pulangkan barang i pada you. Macam mana i nak kahwin kalau tak
ada bendatu?" Tolong jangan bermain kata. Aku terasa semakin sakit.
"Benda apa? You
jangan main main boleh tak. Jangan dekat dengan i. Nanti kena tangkap khalwat
pula. Kesian Ain. You ni suami orang."
"Baby, could you
shut up for a while? Tapi apa nak takut. Alah, kena tangkap khalwat dengan you
dapat kahwin free." Darahku mula membakar. Aku bangun dan meninggalkannya
bersendirian, malas untuk melayan.
“Bendatu ialah hati
Wafiy yang Eli curi. Kesian isteri Wafiy tak dapat hati Wafiy, melainkan Eli
bersedia nak jadi ister Wafiy. I miss you. Indeed, I love you. Eli please.
Forgive me. Wafiy tuduh Eli macam macam. Wafiy tahu Wafiy salah. Wafiy buta.
Wafiy hanya mencari kesempurnaan dan bukan ketulusan. Nak tahu tak, lepas Eli
pergi, Ain pun tinggalkan Wafiy. Dia bagi Wafiy masa untuk buat keputusan.
Dalam masa seminggu, Wafiy cari balik diri Wafiy dan Wafiy jumpa sesuatu
kepunyaan Eli yang Ain tak ada. Kemanisan cinta. Wafiy rindu manja Eli dan
paksaan Eli untuk Wafiy bangun awal, makan, solat, kerja. Wafiy rindu segalanya
tentang Eli. Neyli Amanda merupakan takdir Allah untuk Wafiy Khalif. Kita
diciptakan untuk saling melengkapi. Insyaallah Wafiy ikhlas dengan semua kata
kata Wafiy sebab ikhlas itu we can’t describe it with words kan? Dalam suasana
yang tak romantic ni, will you, Neyli Amanda binti Azman, be my wife forever
until jannah dan menjadi bidadari Wafiy di syurga Allah?”
Aku mengangguk dan
menangis di situ juga. Wafiy meloncat gembira dan menadah tangan bersujud
kepada Allah. Aku sedar, dia bukan lagi suatu kehendak tetapi keperluan untuk
hidup bahagia. Aku menginginkan dia. Nyata usahaku tidak sia sia. Allah Maha
Kuasa menetukan takdir seseorang. Kun Faya Kun. Jadi, makan jadilah ia.
--------
Hey! I'm back with cerpen pulak. Hehe, tukar tukar sikit. Cliche sangat eh cerita ni? Alaa suka jela, boleh tak? Hehe. Btw, UCILY tengah otw, dah buat separuh jalan, idea lain pulak datang, jadi saya stop buat benda lain. Hehe. Enjoy!