Novel - Ustaz Cool, I Love You! 2
(Asfar Khasfi)
"Abang, jom makan.
Bonda tunggu kita." Laungan dan ketukan Isha di balik pintu menyentakkan
lamunanku.
"I'm coming!"
Aku berjalan menuju ke pintu. Saat aku membuka pintu, mahu gugur jantung melihat
Isha dengan topeng hantunya. "Subhanallah, Ishaaa! Buat terkejut abang je.
Buka topeng tu sekarang. Adoila kurang asam jawa punya adik. Selamat abang tak
ada sakit jantung. Hampeh budak ni. Dah jom turun."
Isha hanya tersengih.
Ingat comel la tu sengih macam kera kat situ. Selamatla adik perempuan. Ni
kalau Amin dah kena smackdown dah. Isha adik yang tersayang. Melihat perangai
Isha teringatkan aku pada kenangan lama. Sungguh perangai mereka mirip. Tapi
Allah itu Maha Tahu dan dia tahu yang terbaik buat hambanya.
“Khasfi. Apa yang
termenung depan nasi tu sayang? Cepat baca doa.” Bonda melihat aku dengan
pandangan pelik. Mungkin aneh dengan sikapku yang termenung sebentar tadi.
“Ye bonda.” Aku pun
membacakan doa makan buat kami sekeluarga.
Semasa di meja makan.
Banyak yang kami bualkan. Kebanyakkannya mengenai keadaan Isha di sekolah.
Pembelajarannya, aktiviti kokurikulumnya serta latihan rumah sukan yang sedang
berlangsung serentak di sekolah.
“Abang bila nak kahwin?
Umur dah 28. Isha rasa, semuanya dah cukup. Bukan ke kawan kawan abang ada
matchkan abang dengan dua tiga orang kakak tu. Kenapa abang tak nak?” Isha. Si
gadis petah berkata kata. Bila dia dah cakap memang susah berhenti. Inilah adik
aku.
“Belum masanya. Abang
nak jodoh yang bukan daripada kawan kawan abang. Abang nak jodoh daripada Allah
wahai adinda.”
“Adinda faham wahai
kekanda. Tetapi bukankah semua gadis gadis itu, baik budi pekertinya serta
cantik paras rupanya?”
“Mereka semua memang
baik budi pekertinya serta cantik paras rupanya. Tetapi adinda kena faham,
cinta dan jodoh Allah buat kekanda belum sampai lagi. Kekandamu ini sudah
melakukan solat istikharah, solat sunat dan mereka bukan orangnya. Bukankah
kekanda mengajar adinda bahawa kita hendaklah mendahulukan Allah dalam segala
perkara? Insyaallah kalau ada jodoh nanti, adalah. Sekarang bukan masanya.”
“Baiklah wahai kekandaku
yang tersayang. Adindamu yang comel ini mengerti. Semoga Allah sentiasa
bersamamu wahai kekanda. Amin.” Kami tersenyum. Sesungguhnya Isha memang
seorang adik yang memahami.
“Wahai anak anak bonda.
Ni dah kenapa macam duduk dekat istana sahaja bahasanya? Terpulanglah pada
abang. Bonda ikut sahaja. Isha pula, cara cakap macam umurnya sudah masuk ke
umur dewasa. Awak tu baru 17 tahun tau. Spm hujung tahun ni. Tak lepas lagi tu.”
Kata-kata bonda
membuatkan kami berdua ketawa. Bonda dan Isha sama naik sahaja. Isha betul.
Gadis gadis yang diperkenalkan kepadaku semuanya baik budi pekerti juga cantik
rupa parasnya. Tetapi mungkin jodohku belum sampai. Allah itu bijak. Dia
mempunyai aturan tersendiri tentang semua makhluk di muka bumi ini. Jadi kta
hanya perlu menunggu.
Semoga aku sentiasa menhadulukan Allah. Kita perlu ingat bahawa. Solat istikharah bukan berkisar mengenai jodoh sahaja. Solat istikharah itu adalah cara kita membuat pilihan. Mendahulukan Allah dalam setiap perkara. Membiarkan Dia yang membuat aturan yang terbaik untuk diri kita. Amin.
----------
Sorry kerana lama
menghilang. Masih mencari dan mengumpul idea setelah sekian lama sibuk dengan
pelbagai urusan. Alhamdulillah diberi masa yang ada dan bakal digunakan sebaik
baiknya. Enjoy! ;>
0 comments