Powered by Blogger.

Novel - Ustaz Cool, I Love You! 1

by - August 19, 2013



(BETTY MAIRA)

Baguslah. Sekarang semua orang nak kongkong life aku. I'm an independent woman lah. Kenapa semua orang ingat aku ni lemah sangat? Mungkin dulu ya. But not this time. Aku dah ambil pengajaran betul betul apa yang dah jadi kat Laila dan Marsha dulu. Lelaki semua sama.

Laila, sahabat yang aku paling sayang, orang yang paling setia di duakan suami sendiri. Aku tak faham, apa kurangnya Laila. Dia seorang wanita yang penyabar. Sentiasa ikut telunjuk suami walaupun suami dia tu dah main kayu tiga belakang dia. Tapi sekarang aku gembira yang Laila dah bebas dari suami dia. Lagipun, memang dari dulu lagi aku tak setuju dengan perkahwinan mereka. Hmm, kesian Laila.

Marsha. Betty Marsha. Adik kembar yang aku paling sayang mati sebab tunang sendiri. Punca? Sama. Tunang dia main kayu tiga. Kebetulan kami terserempak tunang Marsha dengan perempuan lain dekat parking lot shopping complex. Marsha yang tak sanggup nak tengok mereka lari ke arah lain dan dilanggar oleh sebuah kereta yang lalu di situ.

Kenapa? Kenapa kedua duanya kerana lelaki? Walaupun begitu, aku masih ada satu lagi alasan yang membuatkan aku membenci kaum lelaki. Papa. Papa berkahwin lain ketika aku berumur 17 tahun. Mama? Sudah semestinya mama terkilan. Aku yang mahu bertarung dengan SPM terpaksa berperang dengan perasaan sendiri untuk menerima hakikat dan memujuk mama.

Ramai yang cakap tak semua lelaki begitu, tapi hakikatnya, kebanyakkan lelaki yang aku jumpa hanya mahu mempermainkan perasaan perempuan sahaja. Sudah 3 tahun aku mencari seorang lelaki yang setia. Selama 3 tahun juga aku keluar masuk club selepas kematian Marsha dan kesemua lelaki yang aku jumpa semua sama!

Tak cukup dengan seorang perempuan! Lelaki tak guna!

"Ira, termenung apa? Boleh mama masuk sayang?" Lamunanku terhenti setelah mendengar ketukan dipintu bilik oleh mama.

"Nothing ma. Yep. Come in! What's wrong ma?" Aku menggamit tangan mama duduk disebelahku. Aku memeluknya dan melentokkan kepalaku dibahunya.

"Same Ira. Dulu, Mar pun suka buat macam ni. Kamu berdua suka duduk sebelah mama dan buat macam ni. Sekarang cuma Ira je. Hm. Sayang, papa ajak keluar makan dengan Aunty Su. Wanna join us?"

"Ma, for you I'll be Ira all the time. Sudahlah mama. Benda yang lepas jangan dikenang. Hm, malaslah mama. Ira nak rehat je harini." Aunty Su. Ibu tiriku yang baik. Aku tidak membencinya kerana aku tahu, bukan dia yang menginginkan papa. Papa yang memaksa mama meminangnya dan mengugut akan menjauhkan aku dari mama.

"Thankyou sayang. Sekali sekala menggamit memori dulu dulu. Sure honey? Harini Ira tak keluar? Ira, walaupun mama bukan mama yang begitu mentaati agama, tetapi mama tahu minum arak tu haram. When will you stop drinking that thing? Ira, arak tak menyelesaikan masalah. Malam tadi Ira balik ada budak lelaki yang hantar kan? Sayang, stop it. Mama sedih tengok Ira macam ni. Mar pun mesti sedih Ira. Bukan ini caranya kalau Ira berdendam dengan lelaki sekalipun. Indeed, papa kahwin dengan Aunty Su kamu tu, sebab dia selalu minum arak lah. Arak tu yang buat dia gila bayang. But, look at him now. Dia dah berubah kan Ira? Ira, mama tahu Ira hanya bersuka suka sahaja dengan lelaki tu semua, tetapi maruah diri Ira, Ira letak dekat mana? Jangan sampai tergadai maruah seorang perempuan Ira. Mama tahu mama bukannya ustazah, tapi mama sebagai mak Ira kena nasihat anak mama supaya dia tak lari jauh. Sayang, kita masih ada Allah nak mengadu." Mama menangis. Aku juga menangis.

"No mom. Ira cuma nak rest. Insyaallah mama." Aku mengucup pipi mama. Mama kemudian membalasnya di dahiku. Dia tersenyum dan berlalu keluar. Entah kenapa, beberapa hari selepas itu, aku balik semula ke dunia liarku. Tidak terkesankah aku? Benar benar hitam hati seorang Betty Maira.

--------

Hey gaiz! What's up? Hehe, okay tak okay tak? Sorry dah lama tak update. Ada beberapa yang dah hilang masa shutdown lappy. Well, padanlah muka. Siapa suruh shutdown secara paksa. Nak cepat punya pasal sampai tak sempat save file. Kena buat balik. Hm, cedih. Lol. Do leave yr comment viewers! ;>

You May Also Like

0 comments

COPYRIGHTS © (2021) SEMUA TULISAN TAK TERKARYA DI DALAM BLOG INI ADALAH HAK MILIK ATIQ - ALL RIGHTS RESERVED ®