Cerpen - Thankyou Hero!
Credit: LIVERPOOL MUSLIM SOCIETY |
Hidup ini bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kalau rasa nak berjaya, peluang yang ada kita kena rebut. Tapi, satu je. Jangan main kotor. Bila main kotor, kejayaan tu tak akan lama. Dan kita kena bermula balik dari awal.
----------
Hi semua. Nama aku Naila Asha. Ini cerita merupakan kisah sebuah aku, yang sedang berjuang untuk hidup di dalam dunia hiburan yang luas ini bersama seorang manager yang banyak membantu aku iaitu Bazli Lee. Aku terlibat dalam dunia hiburan ini atas bantuan Lee. Dialah orang pertama yang mengajak aku untuk bekerjasama.
"Ila, job semua pelakon tambahan je. Memang tak ada yang gah gah. Tapi kalau awak nak yang gah, awak kena tolong saya. Malam nanti ikut saya. Boleh?"
Biasalah hidup sebagai actress baru. Memang akan jadi pelakon tambahan je. Pernah satu masa tu, aku masuk dalam satu drama ni, tapi sekali je. Sebagai pekerja cafe, tolong hantar air. Sedih tu memanglah sedih. Tapi cari makan punya pasal. Kerja apa pun aku sanggup. Pertanyaan Lee aku biarkan sepi, tidak dapat mencerna maksud disebalik kata-katanya.
"Ila, awak dengar tak? I'm talking to you okay. Yuhuu." Tangan Lee, melambai-lambai di hadapan mukaku.
"Yelah, saya dengar. Malam nanti saya ikut awak. Saya penat ni awak. Give me a short rest please. Nanti kejut saya bila dah masuk waktu."
Lee, mengangguk tanda mengiakan. Aku berlalu masuk ke dalam apartmenku. Apartmen kami sebelah menyebelah sahaja. Apartmen ini merupakan apartmen milik keluargaku pada suatu ketika dahulu. Mujur masih tiada yang menyewanya, jadi aku berpeluang untuk memanfaatkannya sebaik mungkin. Lee juga merupakan jiranku.
----------
"Kita nak pergi mana ni Lee? Event apa dekat hotel ni?"
"Bila awak sampai nanti, awak tahu apa yang saya maksudkan."
Lee, ni bermain teka-teki pula denganku. Aku dahlah tengah penat ni." Sampai sahaja kami di satu level yang tidak ku pasti level ke berapa, Lee, menolak aku keluar dari lif. Pintu lif kembali tertutup dan Lee turun bersama meninggalkan aku keseorangan di level itu. Aku hanya mampu berdiri kaku. Masih terkejut dengan apa yang dilakukan Lee.
Setelah lama aku berdiri di situ, baru aku teringatkan handphone. Segera aku menyelongkar handbag aku mencari Iphoneku. Kemudian aku cuba untuk mendail nombor Lee, tetapi Lee mematikan handphonenya. Aku berjalan sekitar level itu. Kemudian aku ternampak seorang produser bersama seorang pelakon baru. Kelihatan seperti pelakon itu cuba membodek produser itu.
Saat aku meronda di aras itu, aku terserempak dengan seorang lagi produser. Tetapi kali ini dia hanya sendiri. Aku menyapa dia kerana tidak mahu dikatakan sombong dikemudian hari. Baru sahaja ingin beredar setelah menyapanya, aku ditarik olehnya ke suatu sudut. Aku cuba meronta tetapi apakan daya kudrat seorang wanita. Tetapi aku bersyukur dia tidak melakukan apa-apa.
"So, you're Naila Amani? Your manager call me, dan dia cakap awak nak berlakon dalam cerita yang gah, dan watak yang gah? Saya boleh bagi awak kerja tu, tapi awak kena jadi isteri saya dulu, boleh?"
"Gila, ini semua gila. Saya tidak mahu guna cara kotor. Maafkan saya, saya silap. Saya pergi dulu."
"Nanti. Mungkin awak rasa gila tapi itu kenyataannya Naila. Awak nampak tadi kan? Pelakon baru tu, dia pun terpaksa buat benda yang sama kalau dia mahukan job itu. Awak tengok saja besok. Sekarang, ikut saya." Produser itu mengheret aku arah suatu bilik. Aku meronta. Di penghujung koridor itu, aku terlihat seseorang, aku menjerit meminta bantuannya.
"Awakkkk! Awak yang kat sana tu, tolong saya cepat!" Lelaki itu kemudian bergegas berlari menuju ke arahku. Dengan sekelip mata, produser itu jatuh tergolek hasil daripada tumbukan lelaki itu. Dia merupakan hamba Allah yang membantu aku. Aku bersyukur sangat.
"Macam mana awak boleh ada kat sini? Ikut saya lari cepat!" Dia menarik tangan aku mengikutnya. Kami berlari dan menuju ke arah tangga. Kemudian berlari ke arah keretanya di parking lot kereta itu. Kami keluar dari kawasan hotel itu menaiki keretanya. Aku bersyukur. Walaupun aku tidak mengenalinya, aku percaya bahawa dia seorang lelaki yang baik.
"Awak buat apa Naila? Macam mana awak boleh ada kat hotel tu? Awak tak sayang diri awak ke?" Lelaki itu menempik kuat. Aku terkaku. Dia tahu nama aku? Siapa dia? Adakah dia juga berkomplot dengan lelaki itu? Tetapi pandangannya seperti seseorang yang aku kenal. Tidak! Seseorang yang aku rindu. Hati ini bergetak hebat. Perasaan takut menguasai diri.
"Awak siapa? Macam mana awak tahu saya Naila? Baik awak cakap sekarang kalau tak, saya lompat. Berhenti tepi sekarang! Saya jerit ni! Dekat sini ramai orang." Aku memarahinya. Dia kemudiannya berhenti di tepi jalan. Aku yang baru sahaja ingin keluar, tidak jadi kerana dia sudah mengunci keretanya.
"Naila! Listen first! Saya ni! Saya Mirza Ethan. Your childhood's bestfriend. Your neighbour once before!" Aku terkaku lagi. Dia. Mirza. Sudah ku agak. Pandangan matanya masih sama seperti dahulu. Dia sudah seperti seorang abang kepadaku. Mirza memang hero aku dari dahulu lagi. Aku yang ketakutan segera memeluk Mirza. Ku hamburkan tangis di dadanya.
"Naila, calm down little girl. You're safe now. Your hero is here. Besides you. Naila, err baju saya dah basah ni, bila awak nak berhenti? Saya tak bawak baju spare. Dan, kalau awak terus buat macam ni, saya takut orang yang lalu lalang akan perasaan. Err, awak tak nak kahwin free kan?"
"Err okayy. Thanks Mir. You'll always be my hero. My number one. Sorry about your shirt. Err.." Lidahku kelu untuk berbicara. Pandangan mata kami bersatu. Dadaku bergetar. Aku berpaling. Takut hati ini tersasar lebih jauh. Kami kini, bagai langit dan bumi. Dia sekarang merupakan anak daripada seorang usahawan yang terkenal. Walaupun Uncle Malik tak pernah lupakan kami, jarak kami amat jauh.
"Let me send you home. Nak balik mana? And, you owe me an explaination sweetheart." Aku masih tidak dapat memaafkan Lee, jadi aku memilih untuk ke rumah Tania sahaja. Panggilan itu, sudah lama aku tidak mendengarnya. Panggilan itu jugalah yang selalu membuat aku dibuai mimpi.
"Hantar Ila balik rumah kawan okay. Ila tak duduk dengan mama dan papa. Esok kalau ada masa free Ila bagitahu awak. Ila sendiri tak tahu sebenarnya macam mana Ila ada kat situ. And what I need is, I want you to trust me. Jangan bagitahu sesiapa pasal tadi. Ila nak selesaikan sendiri."
Dia menggangguk mengiakan. Walaupun kami merupakan sahabat sejak kecil, kejanggalan itu tetap ada kerana kami sudah menginjak lebih dewasa, tidak lagi seperti dahulu kala. Ada batas yang perlu kami jaga. Kami berbual-bual sehinggalah sampai di rumah Tania. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah membantu aku. Dan kami berpisah setelah bertukar nombor telephone masing-masing.
----------
Akhirnya aku berjumpa juga dengan Lee. Walaupun pada mulanya sakit hati, tetapi aku memaafkan dia. Tidak salah memberi peluang kedua. Lagipun, Lee tidaklah bersalah sepenuhnya, dia berbuat begitu kerana aku juga yang sibuk merungut itu dan ini. Setelah masalah ini diselesaikan oleh kami. Aku keluar menemui Mirza seperti yang dijanjikan.
Mirza kelihatan marah, tetapi aku cuba sedaya upaya untuk menenangkannya. Seperti yang ku duga, dia sentiasa cair dengan pujuk rayuku. Aku tidak kisah dia mahu menganggap aku apa, tetapi aku juga ingin berjaya. Seorang Naila memang tidak mempunyai sebarang kebolehan.
"Saya tak kisah awak nak anggap saya apa Mir. Saya tak nak bergantung sepenuhnya pada mama dan papa. Saya tak pandai macam awak. Saya hanya reti menyanyi dan berlakon je. Awak pun tahu itu cita-cita saya dari dulu."
"Okay, kalau macam tu, awak cuma memerlukan pengaruh je kan? Biar saya Ila, biar saya yang buat semuatu. Saya tahu mommy dengan daddy saya tak kisah. Indeed, diorang kenal awak."
Sekali lagi aku terharu. Dan bermula daripada situ, Mirza selalu berada di samping aku. Walaupun aku tidak meminta pertolongannya, dia sendiri yang datang mencari aku. Aku merasa seperti aku ini sebuah beban kepadanya. Lee, semakin hari semakin dingin. Apakah dia cemburu dengan keakraban kami? Sering dia memberitahu aku agar aku tidak terlalu mendekati Mirza.
Sampailah ke suatu saat di mana hubungan aku dan Mirza dilanda badai selepas kehadiran seseorang yang mengaku bahawa dia merupakan tunangan Mirza. Aku tersentap. Dan kerana itu, aku terpaksa bermula dari bawah semula bersama Lee kerana tunang Mirza membatalkan semua usahasamaku dengan para produksi.
Aku terima itu dengan redha. Aku sendiri sudah maklum dengan semua itu. Risiko yang aku ambil aku terima. Kebahagian itu hanya seketika jika kita menggunakan taktik kotor seperti yang aku maklumkan. Kepopularanku menjunam ke angka kosong. Aku tidak lagi berjumpa Mirza. Kini aku mengerti maksud Lee pada suatu ketika itu.
----------
Di saat namaku kian meningkat naik atas usaha aku dan Lee sendiri. Mirza datang meraih cintaku. Berita mengenai pertunangannya yang putus telah tersebar. Aku juga tidak mampu menolak kerana dia cinta pertamaku. Tetapi aku masih sentiasa berhati-hati. Aku kini tidak lagi berharap padanya. Dan setelah setahun aku bertungkus-lumus, aku mahu mengundurkan diri.
Lee, yang sudah sedia maklum mengenai itu mula berubah. Dia seperti bersaing dengan Mirza. Setiap kali aku bersama Mirza, dia pasti datang mengganggu kami. Tetapi aku tidak kisah, kerana itu semua atas urusan kerja. Dia semakin hari semakin berlembut. Jujur aku menyenanginya. Tetapi, aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia menyintaiku dari awal perkenalan kami.
"Awak percaya cinta pandang pertama tak? Kalau awak percaya, dari situlah sebenarnya saya mula cintakan awak. Saya nampak awak dengan Tania, dan pada masa itu saya tak mahu lepaskan awak. Saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi. Sebab tu saya ajak awak bekerja dengan saya. Betul awak nak pergi dengan Mirza? Saya macam mana?"
"Saya tak tahu awak. Saya keliru. Keputusan saya, awak akan tahu tak lama lagi." Aku beredar meninggalkannya. Kedua dua Lee dan Mirza tidak ku temui. Aku pulang ke rumah orang tuaku setelah sekian lama tidak bertemu. Kami hanya bertanya khabar menerusi handphone mahupun media sosial skype.
Aku meminta pendapat papa memandangkan papa lebih arif mengenai lelaki. Mama pula, ku minta tunjuk ajarnya mengenai sifat lelaki memandangkan mama sudah melepasi fasa itu. Keputusanku sudah bulat. Papa dan mama hanya membiarkan aku membuat keputusan yang terbaik untuk diriku.
----------
"Goodluck for tommorrow night, sweetheart. Apa pun pilihan awak saya terima. Walaupun saya tahu, yang awak dah tahu apa yang saya nak. Saya tetap nak cakap yang saya cintakan awak dari dulu cuma saya je yang buta. Dan saya nak mintak awak satu je lagi, saya berharap kalau awak pilih saya, saya nak awak jadi isteri saya sepenuh masa dan saya tak nak awak terjebak dalam dunia hiburan ni lagi. Cukuplah saya memendam rasa setiap kali awak serlahkan diri awak di hadapan orang ramai. Cukuplah pelakon lelaki lain sentuh awak. Saya nak awak jadi hak milik saya seorang. Saya nak kita berubah daripada macam ni kepada yang lebih baik. And will you marry me? Jadi suri hidup saya sampai syurga. But, jangan jawab sekarang. Saya tunggu jawapan awak nanti."
Sekali lagi aku terharu. Tetapi maaf Mirza. Bukan sekarang. Saya tak sedia lagi. Malangnya, aku tidak mampu untuk meluahkannya. Tidak mahu membuat Mirza terasa hati. Aku hanya mampu senyum kepadanya. Setelah itu kami berpisah kerana Lee sudah memanggilku untuk bergerak ke lokasi penggambaran.
----------
Di malam kemuncak persembahan nyanyianku. Aku mengumumkan segala-galanya yang telah aku rancang dari awal lagi. Para penonton semua menanti butir bicaraku. Suasana yang pada mulanya hingar bingar kini bertukar hening.
"Assalammualaikum semua penonton sama ada di sini mahupun di rumah. Saya, Naila Asha ingin mengumumkan bahawa, saya akan menarik diri dari dunia hiburan ini setelah acara malam ini. Terima kasih kepada peminat peminat saya yang selalu menyokong saya. Terima kasih kepada manager saya Bazli Lee yang selalu membantu saya. Dia merupakan seseorang yang menyayangi saya seadanya. Jujur saya sayang nak tinggalkan tetapi ini memang kehendak saya sendiri dan bukan kehendak orang lain. Lepastu saya bakal berkahwin dengan seseorang yang banyak membantu dan menyokong saya, memahami saya dan menyanyangi serta mencintai saya seadanya. Saya yakin anda semua kenal dia. Dia sangat rapat dengan saya. Sangat rapat....."
Baru sahaja aku ingin meneruskan butir bicaraku. Kulihat dia sedang berjalan keluar daripada pentas ini. Dia. Mirza Ethan yang aku yakin sedang kecewa. Tetapi apa yang harus ku lakukan? Mengejarnya? Itu tidak mungkin. Kerana.
"...Dia teman seperjuangan saya dari kecil, Mirza Ethan. Awak dengar tak Mirza?..." Dapat kulihat Mirza berhenti. Dia berpaling menghadapku. Semua orang mencari cari di manakah Mirza. Ya, aku pasti mereka mencarinya.
"Ya, saya yakin awak dengar, kalau awak tak dengar mesti awak dah keluar. Dialah cinta hati saya para hadirin sekalian. Mirza Ethan bin Malik merupakan cinta pertama saya dan terakhir. Dia bagai seorang abang sebelumnya, kemudian pergi tanpa khabar berita dan datang kembali menjadi seorang hero. Mungkin sebelum ini kami pernah terputus, tetapi takdir itu ditangan Allah dan dia kembali kepada saya semula. Terima kasih semua. I love you all."
Aku menunduk sebagai tanda mengucapkan terima kasih yang berbanyak terima kasih kepada peminat serta penyokong. Suasana yang tadinya hening bertukar gamat, kerana mereka pasti tidak percaya tentang berita yang aku khabarkan tadi. Tetapi kekecohan itu tidak lama setelah aku mendengar bunyi sorakan dari kesemua mereka.
"We love you Naila! Goodluck!"
"It's okay Naila! Selamat Pengantin Baru!"
"Naila! Naila! Naila!"
"You're the best Naila!"
Sorakan dan tepukan itu membuat aku menangis kegembiraan. Tidak sangka mereka bakal menyokong segala keputusanku. Aku bersyukur dengan kurniaan Allah. Benarlah, jika kita ingin berubah menjadi baik Allah bakal permudahkan segalanya. Kulihat Mirza tersenyum senang. Lee ditepi pentas hanya mengangguk dan senyum kepadaku. Alhamdulillah dia terima segala keputusanku.
Sebenarnya, awal-awal lagi aku sudah memberitahunya mengenai keputusanku. Aku melakukan kejutan ini sememangnya buat Mirza. Biar semua orang tahu bahawa aku hanya milik Mirza, dan Mirza hanya milik aku.
----------
"Asha, kenapa abang tak tahu semua ni? I mean, all these plan? Macam mana, mommy dengan daddy tahu pasal ni? Semua dah sedia, abang je yang tak tahu."
Aku hanya mampu tersengih melihat encik suami yang membebel tak henti henti. Pada awalnya sudah ku beritahu, bahawa aku hanya merahsiakan semua ini daripada dia. Dan, kami sudah menukar nama. Kami memilih untuk menggunakan nama terakhir kami disebabkan kami sedang membuka buku baharu.
"Err, sorry Ethan. Alaa, manalah saya tahu. Mommy tak bagitahu awak apa-apa ke? Sorry okay awak. Sekali sekala saya nak buat kejutan tak boleh ke? Dulu, awak yang selalu buat kejutan kat saya."
"Call me 'abang' okay. 'Abang.' Serious mommy tak bagitahu. Tapi tak apalah. Sekarang ni abang dah ada sayang abang. Abang tak nak sayang jauh lagi. And you know what, you look so beautiful with hijab. Kekalkan tudung ni sampai bila bila. Tak apa, slow slow. I'll always be there for you. I'm your hero isn't it?"
"Yepp. Aye aye captain. Err, okay aaa..aaa..abang. Abang kena jadi imam sayang tau. Didik sayang. Selalu sayang solat sorang sorang. Lepastu kadang kadang sayang tak solat pun. Kejap baik kejap tak. But i'm glad Allah pertemukan sayang dengan abang. Jadi takdelah sayang sorang sorang tergapai gapai mencari redha Allah. Terima kasih tunggu sayang. Terima kasih cari sayang semula. Terima kasih kerana cuba memperjuangkan cinta kita, walaupun hampir kecewa. Thankyou hero."
"Amin, semoga Allah permudahkan alam rumahtangga kita. Jangan berterima kasih dekat abang. Terima kasih dekat Allah sebab buat hati abang terdetik untuk tunggu dan cari sayang semula dan perjuangkan cinta kita. Welcome and thankyou my love."
Aku menggangguk dan memeluknya erat. Kusembamkan wajahku ke dada bidangnya. Kini, kami sedang cuba untuk membuka lembaran baru. Berharap apa yang kami inginkan menjadi kenyataan. Amin.
----------
Dah tamat. Ni percubaan pertama buat cerita yang agak complicated. Haha, mesti plot berterabur kan? Bedal jelah. Lenguh dah tangan menulis daripada lepas sahur tadi sampailah pukul 8.30 ni. Solat subuh ye, bukan tak solat. Hehe. Nah ~ Cacian serta pujian amatlah diterima. Smile. ^^v
0 comments